Tuesday, August 9, 2016

Wajarkah mengeluh?

Kalau dihitung rasa penat.. memang tak terkata ... dan tak terhitung letihnya menjadi cikgu Fiqah... Penat, letih dan tertekan serasa xmampu nak tahan..rasa nak jerit tapi sekadar bergema di dalam hati..bergegar di otak memikirkan solusi. ALLAH, rasa berat sangat.. Kekadang rasa nak menangis tapi tak ada air mata nak keluar.. Lantas di sujud terakhir, kepala tunduk lama mengadu pada DIA yang memahami sebenar-benar 'kepenatan' ini. 

Sungguh, ditahap stress di puncak.. kekadang nak senyum pun rasa 'sumbang'.. Kadang-kala cemburu melihat insan sekeliling mampu ketawa riang, tidur lena dan seumpamanya. 

Namun di saat hati ini 'sakit' ditimpa kepenatan beban kerja, hati ini dijentik dan ditegur ALLAH. Lantas dihantar kaki ini ke pasar malam dengan tujuan menemani anak murid yang sanggup bersusah payah dengan cikgunya meredah malam mencari barang untuk persediaan aktiviti koku keesokan harinya. 

ALLAH, sungguh hati ini terpaku dan tiba-tiba aku jadi bersyukur menjadi seorang guru.. Sekurang-kurangnya penat aku dibayar gaji, Tetap dan xberkurang. Walhal si peniaga pasar malam, penat mereka belum tentu laku hasil jualan. Aku lihat si penjual air.. Ada yang tong berisi penuh lagi air walhal malam sudah makin di penghujung waktu berniaga. Yang berniaga nasi dan bihun, ada lagi yang banyak tak terjual. Teringat pengalaman meniaga hari kantin. Cukuplah sekali setahun tapi cukup aku katakan penat dan 'gayat' bila memikirkan mampukah terjual semuanya.

Aku walaupun penat, letih dan stress tahap menggila tapi sekurang-kurangnya boleh 'cuci' wang gaji aku yang mungkin 'garang dan kuat berleter' dengan murid, mungkin mengajar pun xberapa.. masih berbaloi kepenatan...sedangkan si peniaga, ternyata ujian mereka lebih hebat....untung belum pasti tapi mungkin sudah kena pikir rugi yang terpaksa tanggung.. Ya ALLAH menangis hati aku tadi.. Rasa bertapa 'tak bersyukurnya' aku jadi cgu..walhal dahalu sewaktu menunggu 'posting' berkerut dahi, berdoa siang malam spy dapat keje.. dah dpt, ini pula kisahnya.. 

Terima kasih ALLAH.. Pendidikan yang 'direct' ALLAH bagi untuk menghidupkan kembali hati cgu Fiqah spy lebih bersyukur menjadi dirinya sekarang.

Semoga lebih ikhlas melaksanakan kerja yang datang tanpa henti.....

Tuesday, July 28, 2015

Kreatifnya pelajar

Pejam celik, pejam celik... sudah bulan 7.. Tinggal beberapa hari lagi, dah nak bulan 8..
Terasa pantasnya masa berganjak
Kiranya perjalanan sesi persekolahan 2015 pun dah 3/4 perjalanan.. 

Sebelum cuti persekolahan bulan 5, saya jenuh memikirkan apa yang perlu difikirkan untuk menaikkan minat pelajar terhadap Sivik (PSK).. Sudahlah saya ini kurang berpengalaman dalam bidang ini.. pelajar pula bila dengar PSK, mood pun macam ke laut.. Alasannya tak ada peperiksaan besar.. :(

Memang rasa stress sangat. Lebih stress, saya ada 4 kelas PSK..  3 kelas Tingkatan 4 dan  dan 1 kelas Tingkatan 3.. Bagi saya, walaupun sivik macam senang, tapi hakikatnya saya rasa lebih susah nak ajar berbanding ajar Sains, Matematik dan Kimia..

Mungkin 'jiwa' aliran tak sepadan, membuatkan saya 'kurang kreatif' dalam bidang ini.. Tapi mengenangkan amanah dan tanggungjawab.. saya berfikir kaedah penyelesaian.. akhirnya, saya membuat keputusan 'berani mati' untuk menjadikan pelajar sebagai 'guru' kepada sahabat mereka.

Caranya, saya beri peluang mereka bentuk kumpulan dengan ahli yang mereka sendiri pilih tetapi hadnya 3-4  orang per kumpulan. Setiap kumpulan, saya bagi peluang mereka pilih topik yang mereka suka (siapa cepat, dia dapat)

Aktiviti? Terpulang pada kreativiti setiap kumpulan...

Dalam banyak-banyak aktiviti, saya suka aktiviti kumpulan ini.. sangat terancang..

Pelaksanaan aktiviti ini:
1) Pelajar akan dibahagikan kepada empat kumpulan warna (Hijau, Pink, Kuning dan Biru)

2) Setiap kumpulan perlu mencari kertas mengikut warna, tidak dibenarkan mengambil warna kumpulan lain


* Pelajar sedang menggeledah mencari huruf.. habis semua kertas yang ditampal, 
diselaknya (nasib tak koyak)


3) Setiap warna telah ditetapkan berapa huruf, jadi ahli kumpulan perlu mencari kertas tersebut sehingga boleh membentuk perkataan.

4) Kumpulan yang berjaya melengkapkan perkataan, dikira sebagai pemenang.

* Hadiah untuk pemenang


Apa yang saya nak puji:
1) Kumpulan ini telah menetapkan jumlah huruf, jadi pelajar yang terlibat dalam pencarian boleh mengetahui sama ada bilangan huruf yang dicari sudah lengkap atau tiak.
2) Tempat persembunyian, telah ditetapkan dengan teratur, contoh: pink di bahagian belakang kelas. Ini dapat mengelakkan kesesakan pada satu-satu ruang kelas.
3) Penyediaan hadiah sebagai ransangan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti memang sangat teransang untuk mencari huruf yang disembunyi walaupun kepenatan. Semuanya sebab nak hadiah.
4) Paling saya puji, ahli kumpulan membuat perkaitan perkataan dengan topik dalam PSK. Nampak macam main tapi belajar tetap belajar! Syabas!





Eh Cikgu pun dapat hadiah?? Tett...